Friday, 11 January 2013

Nota Antologi - Aspek Sastera

1. Sinipsis

  • Sinopsis ialah ringkasan tentang perkara-perkara penting yang terdapat dalam novel .
  • Sinopsis memberi gambaran tentang keseluruhan cerita yang terdapat dalam novel .


2. Tema

  • Tema ilah idea utama atau persoalan pokok yang merupakan pemikiran yang menjadi tanjung sesebuah karya sastera .
  • Dalam satau karya terdapat satu tema yang diungkap secara langsung atau secara tidak langsung .
  • Tema merujuk perkar-perkara keagamaan , ketuhanan , perjuangan , percintaan , kegigihan dah sebagainya .
3. Persoalan 

  • Persoalan ialah isi-isu sampingan selain tema.
  • Persoalan berkait rapat dengan tema dan merupakan persoalan sampingan kepada tema .
4. Gaya Bahasa 

  • Gaya bahasa merupakan susunan kata-kata oleh pengarang untuk menyampaikan idea atau maksud dalam fikiranya .
  • Pembentukan gaya bahasa diksi dan ayat .
  • Diksi ialah pemilihan dan penyusulan kata yang disesuaikan dengan makna untk memberi kesan terhadap tema dan persoalan .
  • Ayat ialah pembinaan dan penyusulan pelbagai struktur dan jenis ayat .
  • Terdapat 3 unsur gaya bahasa yang digunakan pengarang iaitu :                                                                                    a) perbandingan - hiperbola , imejin , sinis , simbolek , paradoks                                                          b)pertentangan - personifikasi , mentafora , simile                                                                              c)pengesahan - inversi  
     
Gaya Bahasa
Maksud
Hiperbola
Menyatakan sesuatu secara berlebihan daripada maksud yang sebenar.
Imejin
Gambaran yang terhasil daripada penggunaaan istilah-istilah tertentu .
Sinis
Bersifat ejekan atau cemuhan kepada seseorang.
Sembolik
Menyatakan sesuatu di luar kata-kata itu sendiri.
Pradoks
Ayat atau rangkaian kata yang member gambaran yang bertentangan dengan kenyataan.
Personifikasi
Unsur yang digunakan untukmemberi sifat manusia atau penjelmaan perorangan seperti tumbuh-tumbuhan dan objek yang diberi sifat manusia .

Mentafor
N   Perbandingan cerara langsung tanpa menggunakan kata seperti bak, umpama, ibarat dan lain lain.
N   Biasanya mengandungi dua patah perkataan yang bersifat abstrak atau konkrit .
Simile
Membandingkan sesuatu keadaan suasana atau peristiwa dengan benda lain .


Perulangan
N   Pekataan, ungkapan, baris, rangkap atau peristiwa yang sama diulang-ulang.
N   Tiga jenis pengulangan kata ialah:
a)      anafora  - pengulangan pada awal baris;
b)      epifora  - pengulangan pada akhir baris;
c)       response  - pengulangan pada tengah baris.
Inversi
Urutan perkataan yang menyimpang daripada kebiasaan tatabahasa supaya lebih menarik .

4. Nilai 

  • Nilai ialah perbuatan positif dan tingkah laku yang dapat diteladani .
  • Dalam pengajaran dan pembelajaran KOMSAS , nilai merujuk perbuatan baik dan murni .
5. Pengajaran

  • Pengajaran ialah peringatan untuk dijadikan iktibar oleh pembaca .
  • Pengajaran dalam novel biasanya disampaikan secara tersirat .

Pengenalan Ringkasan


Pengenalan Ringkasan  
  • Meringkaskan Petikan dengan menggunakan ayat sendiri . Terdapat 5 isi yang perlu ditulis dalam ringkasan .
  • Menggunakan penanda wacana untuk menggambungkan isi isi / ayat dalam petikan serta antara ayat ayat isi pening .
  • Ringkasan ditulis dalam datu perenggan . Jumlah perkataan mestilah tidak melebihi 80 patah perkataan 

Apa Itu Penanda Wacana ?

Penanda wacana ialah perkataan aatau rangkaian yang berfungsi mempertalikan sesuatu idea , hujah , pandangan seseorang semasa menulis atau berucap .
               Contoh :
    selain itu , seterusnya , tambahan pula , di samping itu , tambahan pula , tambahan lagi , akhirnya , akhir sekali dan sebagainya . 

Thursday, 10 January 2013

Kata Nama - Kata Nama Am

Kata nama ialah kata yang merujuk kepada orang, benda, perkara, tempat, atau konsep. Kata nama menjadi unsur inti dalam binaan frasa nama.

Golongan Kata Nama ---> Kata Nama Am
                                  ---> Kata Nama Khas
                                  ---> Kata Ganti Nama

Q Kata Nama Am 

Kata nama am ialah perkataan yang merujuk kepada orang, benda, perkara, tempat atau konsep yang umum
Contohnya :

Benda
Perkara
Konsep
Tempat
Orang
komputer
cahaya
kedamaian
sekolah
cikgu
manusia
musim
kerohanian
masjid
mahasiswa
buku
udara
keegoan
balai raya
pelakon
rumah api
iklim
kesedaran
rumah
doktor

Contoh Ayat :
1. Rumah api itu berguna sebagai panduan kepada pelayar pada waktu malam .
2. Penggunaan komputer memudahkan kerja merekod data .
3. Pada musim tengkujuh nelayan tidak turun ke laut .
4.Iklim di Malaysia ialah Khatulistiwa .
5. Keindahan alam semulajadi di hutan lipur itu menarik pengunjung ke sana .

Wednesday, 9 January 2013

Assalamualaikum :)

Assalamualaikum :)

saya akan menghantar post 1 minggu sekali atau 2 kali seminggu ... sebab saye bukan senang nak bukak lappy mak saye nie... so ... dalam blog nie, saye cuma akan buat note untuk BM sahaje okey?