Friday, 11 January 2013

Nota Antologi - Aspek Sastera

1. Sinipsis

  • Sinopsis ialah ringkasan tentang perkara-perkara penting yang terdapat dalam novel .
  • Sinopsis memberi gambaran tentang keseluruhan cerita yang terdapat dalam novel .


2. Tema

  • Tema ilah idea utama atau persoalan pokok yang merupakan pemikiran yang menjadi tanjung sesebuah karya sastera .
  • Dalam satau karya terdapat satu tema yang diungkap secara langsung atau secara tidak langsung .
  • Tema merujuk perkar-perkara keagamaan , ketuhanan , perjuangan , percintaan , kegigihan dah sebagainya .
3. Persoalan 

  • Persoalan ialah isi-isu sampingan selain tema.
  • Persoalan berkait rapat dengan tema dan merupakan persoalan sampingan kepada tema .
4. Gaya Bahasa 

  • Gaya bahasa merupakan susunan kata-kata oleh pengarang untuk menyampaikan idea atau maksud dalam fikiranya .
  • Pembentukan gaya bahasa diksi dan ayat .
  • Diksi ialah pemilihan dan penyusulan kata yang disesuaikan dengan makna untk memberi kesan terhadap tema dan persoalan .
  • Ayat ialah pembinaan dan penyusulan pelbagai struktur dan jenis ayat .
  • Terdapat 3 unsur gaya bahasa yang digunakan pengarang iaitu :                                                                                    a) perbandingan - hiperbola , imejin , sinis , simbolek , paradoks                                                          b)pertentangan - personifikasi , mentafora , simile                                                                              c)pengesahan - inversi  
     
Gaya Bahasa
Maksud
Hiperbola
Menyatakan sesuatu secara berlebihan daripada maksud yang sebenar.
Imejin
Gambaran yang terhasil daripada penggunaaan istilah-istilah tertentu .
Sinis
Bersifat ejekan atau cemuhan kepada seseorang.
Sembolik
Menyatakan sesuatu di luar kata-kata itu sendiri.
Pradoks
Ayat atau rangkaian kata yang member gambaran yang bertentangan dengan kenyataan.
Personifikasi
Unsur yang digunakan untukmemberi sifat manusia atau penjelmaan perorangan seperti tumbuh-tumbuhan dan objek yang diberi sifat manusia .

Mentafor
N   Perbandingan cerara langsung tanpa menggunakan kata seperti bak, umpama, ibarat dan lain lain.
N   Biasanya mengandungi dua patah perkataan yang bersifat abstrak atau konkrit .
Simile
Membandingkan sesuatu keadaan suasana atau peristiwa dengan benda lain .


Perulangan
N   Pekataan, ungkapan, baris, rangkap atau peristiwa yang sama diulang-ulang.
N   Tiga jenis pengulangan kata ialah:
a)      anafora  - pengulangan pada awal baris;
b)      epifora  - pengulangan pada akhir baris;
c)       response  - pengulangan pada tengah baris.
Inversi
Urutan perkataan yang menyimpang daripada kebiasaan tatabahasa supaya lebih menarik .

4. Nilai 

  • Nilai ialah perbuatan positif dan tingkah laku yang dapat diteladani .
  • Dalam pengajaran dan pembelajaran KOMSAS , nilai merujuk perbuatan baik dan murni .
5. Pengajaran

  • Pengajaran ialah peringatan untuk dijadikan iktibar oleh pembaca .
  • Pengajaran dalam novel biasanya disampaikan secara tersirat .

No comments:

Post a Comment