Thursday, 10 January 2013

Kata Nama - Kata Nama Am

Kata nama ialah kata yang merujuk kepada orang, benda, perkara, tempat, atau konsep. Kata nama menjadi unsur inti dalam binaan frasa nama.

Golongan Kata Nama ---> Kata Nama Am
                                  ---> Kata Nama Khas
                                  ---> Kata Ganti Nama

Q Kata Nama Am 

Kata nama am ialah perkataan yang merujuk kepada orang, benda, perkara, tempat atau konsep yang umum
Contohnya :

Benda
Perkara
Konsep
Tempat
Orang
komputer
cahaya
kedamaian
sekolah
cikgu
manusia
musim
kerohanian
masjid
mahasiswa
buku
udara
keegoan
balai raya
pelakon
rumah api
iklim
kesedaran
rumah
doktor

Contoh Ayat :
1. Rumah api itu berguna sebagai panduan kepada pelayar pada waktu malam .
2. Penggunaan komputer memudahkan kerja merekod data .
3. Pada musim tengkujuh nelayan tidak turun ke laut .
4.Iklim di Malaysia ialah Khatulistiwa .
5. Keindahan alam semulajadi di hutan lipur itu menarik pengunjung ke sana .

No comments:

Post a Comment